Jul 27, 2009

|| tersungkur lagi ||

pulang dari chancellor complex..,
aku berwudhu dan solat..,
mencuba mencari ketenangan..,

rebah ke katil..,
aku cuba menikmati rehat yang sudah lama x aku rasai..,
tapi xtau kenapa,
katil ni trlalu empuk , sama seperti hati aku yg xda kekuatan lagi..
pahitnya perasaaan aku x pudar2..,
buat kali seterusnya,
aku tersungkur lagi...

Namun, segalanya aku terima..
takdir Tuhan..
yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk aku..
dan semua,,.

Sekadar terkilan..,
sakit untuk melihat dan membaca semula kad2 ucapan,
yang diterima....
sakit untuk melihat wajah2 mereka yang bekerja keras,
sambil di hati mereka mengharapkan sesuatu...
sakit untuk menerima hakikat,
aku tidak membuktikan sesuatu di bumi sendiri...
sakit untu mengetahui,
blok2 yg meninggalkan kepahitan ini,
akan sentiasa depan mata untuk tempoh 3 tahun lagi...

Inilah buat kali pertamanya,
aku berdebat dengan ramai yang menyokong,
terlalu ramai, yang bukan sekadar hadir untuk mendengar, tetapi juga dengan harapan...
maghrib ini, aku perlu terima, aku memusnahkan segalanya...

cuba kembali semula ke dalam lena..
tapi tiada yang indah lagi....
cuma keinginan bersulam kepahitan.,
untuk mencuba lagi...

5 comments:

shakey said...

siddiq!!!huhu...
aku paham pe yg ko rase..
mmg down...tp jgn down!!

sisa 3 tahun yg tinggl..mest ade rahmatNya..
untuk kalian menebus kmbali kepahitan yg sering melanda...

"segala yg terjadi pasti ada hikmahnye"

but, i can see you guys ve really did da best job...

siddiq said...

tanx shakey..byk support n bg komen spnjg das,.. tanx a lot...

batu belah_batu bertangkup said...

Siddiq,

Janganlah nak sedih2 bagai...
Memang bukan senang memikul harapan demi tugas yg perlu dilunaskan.Namun kita jangan lupa takdir tuhan yang selalu tepat menentukan.Kejayaan kita adalah kegagalan orang lain,begitulah juga sebaliknya.

Seronok ade Siddiq yang aku boleh gelar seorang kawan.Kawan yang selalu hebat dalam pemikiran.

up up!
jumpa di arena debat yang lain!

siddiq said...

rafiq- tanx...btol tuh....
btw..,ko pun kwn yg best gak=)

aku_niruri said...

relax sudey!
utp bukan tewas..cuma blom menang je lg!
kan??

|| chat ||