Sep 5, 2009

|| ruang,sang lembu ||

Di suatu sudut kecil,

Hampir menyentuh sesak sempadan

Antara dua manusia,

Ku lihat ada sebuah ruang,

Di isi sekeping kertas..


Mungkin ada yang tertawa,

Andai ku kata ku ingin menjadi seperti sekeping kertas,

Aku bukan ingin menjadi sekeping seperti kertas,

Itu sudahpun aku,

Aku cuma ingin menjadi seperti sekeping kertas,

Kertas di ruang sempadan walau tiada beralas,

Ruang sudah cukup berbalas…


Ku hampa, kerana ruang…

Ada yang di hina…

Salahkah mereka??

Betulkah cara bangsaku??

Tulus dari hatiku, aku malu..

Malu dengan bangsaku…

Islam tidak pernah mengajar kita menjadi manusia bodoh..

Rasulullah tidak pernah mengajar kita mengaibkan dan menghina yang lain…

Memetik secebis ayat suci disampaikan sang Salah Taip.


Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah
kerana mereka kelak akan mencerca Allahsecara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”

Surah Al-An’Am [ayat 108]


Sudahlah, aku benci untuk berfikir,

Ttg perkara yang sepatutunya boleh mereka fikirkan..


Cuma aku sendiri masih perlukan ruang,

Ruang ini bukanlah ruang yang boleh memisahkan dua jiwa,

Sekadar sedikit ruang untuk bernafas,

Supaya lenaku bukanlah perkara yang terlalu sukar,

Supaya bangkitku bukanlah perkara yang terlalu berat.

No comments:

|| chat ||