Feb 16, 2010

|| ASTAR 10 ||

*syafiq sam*
*nayong*
*adeera*
*amirul*
*shima*
*syeikh*
*munir*
*qilah*
*muiz*
*nash*
*faiz*
*lan*

Selamat berjaya buat pasukan UTP yang akan berjuang di ASTAR! Semoga perjuangan kalian diberkati Allah SWT=)

Feb 10, 2010

|| jatuh bangun- IKIM 2010 ||

jatuh bangun indah mahsuri,
simpang siur budi langkawi.

gelanggang seri dipinggir hati
sukar di jajah hati penyaksi

mungkin kali ini segalanya terlalu baru, tersangat baru..mereka dan aku belum bersedia. Ampun dipinta buat teman2 setia dan sang tua pemerhati dunia yang tidak leka menyokong usaha.. Terima kasih buat sokongan anda.Bangun kami untuk mencuba kembali berlari hanya berkudrat semangat kalian ..

Feb 2, 2010

|| pesanan ||

pantai jiwa aku baru dihempas ombak,


ombak kali ini ombak kecil,

tetapi nafsunya besar,..

buihnya berhasad,

cengkerang2 bersamanya penuh sandiwara,

yang lerainya meniggalkan hakisan luka..

masinnya xcukup lagi,

tetapi egonya sibuk menyejat diri..



ombak yang dulu cukup nyaman,

rupanya tenang sekadar lakonan..

kalau benar sibuk mencari kemegahan...

belajarlah dahulu erti pengembaraan...


benar,, hari ini aku letih,

dan esok, kudratku kosong ntuk menentang ombak megah semalam..

kalu bisa, ingin aku pohon kepada tuhan agar hanyutkan pantaiku ke pesisir lain..

tapi aku masih sayang tuk meninggalkan pesisir tempatku lahir...


|| chat ||