Aug 18, 2010

|| harga penghargaan ||


Sesetengah daripada kita jarang menghargai apa yang orang lain lakukan-perkara yang biasa difikirkan oleh insan yang merasakan diri mereka tidak dihargai. Memang benar, ada yang katakan, hargailah dengan kata-kata yang indah.

Menghargai sesuatu tidak pernah terbatas dengan kata-kata yang indah. Kadang-kadang kita merasakan teman-teman kita tidak menghargai apa yang kita lakukan. Negative.

Hidup sesama sahabat ini biasanya menjadikan diri kita terlalu rapat dengan mereka, sehinggakan ada sesetengah perkara yang menjadi tidak perlu untuk diekspress dalam olahan berbahasa. Bila dilafaz, ia boleh menjadi sesuatu yang mengekokkan. Mungkin kita tidak pernah terfikir, tapi itulah dia.

Sebab itulah kita jangan mudah terasa, makan dalam, kecut hati sehingga bait-bait letih bersahabat muncul. Ketahuilah, persahabatan adalah hubungan yang sangat unik, luahan rasa bersahabat pasti juga menjadi sangat unik. Lebih daripada biasa. Positive.

Mengapa optimis? Sebenarnya, perkara semudah bersama dengan anda untuk minum-minum di tengah malam juga adalah sesuatu yang bermakna bagi insan bernama teman. Betapa kehadiran anda dalam setiap detik hidupnya dihargai.bukankan itu adalah rasa? yang hanya ada dalam jiwa, tidak perlu disamapaikan dengan kata-kata yang indah.

Masih-satu penghargaan-yang lebih besar-walaupun tidak kedengaran.

Tetapi, penghargaan yang paling suci, paling indah ialah penghargaan buat nikmatNya. Tidak cukup dengan kata-kata yang indah. Hargailah dengan taqwa, iman, dan pengabdian sepenuh jiwa.

maafkan bahasa saya, karat2 kosa kata, pembendaharaanya dah x mampu dikikis.sudah lama tidak masuk ke kelas cikgu halimatu. cikgu mazlan dan cikgu noraini.

11 comments:

bukan penggoda said...

yay siddiq!


indah dlm bersahabat,
indah lg dlm berskandal.

ye dak?

keh keh keh.

siddiq said...

yezza, indah la sangat!hahahha

saira said...

gitewww..

Imran Muiz said...

a.siddiq, mesej artikel nih, nak ckp indah bersahabat, @ lama x attend kelas BM cikgu-cigu u tuh?. .hu3. .

siddiq said...

imran-both!hahah. kanapa anda gagal mecerap ni? dua2 pun bukan lah,

siddiq said...

saira-apehal/

faizal bidin said...

hurmm..
wondering..
what has happened??

siddiq said...

peja-jus codnt sleep las nite lor.hhaha. writing the life, nothng happened pun=)

bukan penggoda said...

indah! indah! tlg jgn tpu.


mmg indah kan? hehe.

siddiq said...

hah2. meroyan2! meroyan la lg.hahah

bukan penggoda said...

yay! siddiq dah dpt byk komen!

keh keh keh.



jgn salahkan aku. ko yg suro aku meroyan lg kannn. hehe.

|| chat ||