Feb 8, 2011

||mimpi||

-illustration by picasso-

mimpi memang indah,
tapi indahnya sementara,
ibarat gula-gula,
manis ketika cair cuma.
-jangan berpijak pada mimpi, berpijaklah pada realiti-

Sang Pemimpi selepas siri Laskar Pelangi,
Arai-itu pemimpi yg afdhal dituruti,
mimpinya jauh ke paris bukan sahaja untuk diri,
mimpinya membakar si Ikal untuk turut berlari.
-jangan jadikan mimpi kau pemusnah sekitar, jadikan mimpi kau penggalak sekeliling-

mimpi lah tinggi-tinggi,
biar sampai ke langit tuhan,
tapi bila bangun kau kena mula berlari!
kalau tidak, kau hanya berangan.
-mimpi bisa membangun, tetapi mimpi bisa membunuh kalau kau terlalu lena-

5 comments:

nourelcahaya said...

suka karya andrea hirata

siddiq said...

nourelcahaya-so we shared a common ground;)

bukan penggoda said...

sedih weh cte tu. huuu.

siddiq said...

BP- aah, tp xah smpai nangis2 cm kau

siddiq said...

BP- aah, tp xah smpai nangis2 cm kau

|| chat ||