Aug 9, 2011

|| i will never not miss you ||

terbangkan aku bersama apa yang aku mahu,
biar aku perlu mengepak sebesar-besarnya,
biar aku perlu melonjak setinggi dunia,
asal aku diberi terbang bersama dia.

kalau aku lihat engkau,
aku jadi aku yang aku suka.
bila engkau lihat aku,
itu aku belum tahu bila.
aku nafaskan apa yang aku rasa,
sedalam-dalamnya aku hela,
sekuat-kuatnya aku hembus,
biar angin lalu meresap zat dibalik mahu itu,
walau di seberang laut , walau di atas kayangan,
kau akan dilalu angin itu.

No comments:

|| chat ||