Oct 11, 2011

|| twenty one ||

Adalah satu rahmat diberi peluang bernafas selama usia macam ini. Bless from god, nyawa itu diturunkan hasil kesempatan diberi mak and abah. Susah payah membela, membekalkan segala-gala. Thanks mak and abah. Setinggi-tingginya.


Kelibat-kelibat yang sesak-sesak menghibur , melara, mengisi rongga-rongga yang mulanya tiada apa-apa, terima kasih juga aku ucapkan.


Dalam banyak-banyak kelibat, ada yang terlalu kuat hadirnya hingga bayangnya terus melekat dalam ingatan aku. Ada yang sudah lama; lama seperti tuanya usia, lama yang membesar bersama, dan ada yang baharu; barangkali seminggu dua, atau sehari dua seperti radikalis mempengaruhi jajahan,kuat kesannya. Buat kalian ini, kalian tahu siapa kalian dan tahulah yang kalian sungguh bermakna. Benar-benar aku berterima kasih.


Tidak ada yang aku sesalkan. Yang indah dan yang nista. Segalanya adalah kehidupan dan pengajaran. Jangan ada yang disesalkan.

3 comments:

Saira said...

happy birthday syg~~ hahaha (saja wat kontroversi kat sini) good luck in ur future undertakings.. Jaga Iman.. :D

Siddiq Mahyildin said...

hahaha. insyaallah:)

mohammad khazaidi bin kamaruddin said...

gicu saira!! belated birthday!!! jum kuar. tepon i rosak. kenapa claim warranty!!! tensen gel!

|| chat ||