Apr 25, 2012

|| ending soon ||




Minggu terakhir.

Jangan sudahkan apa yang belum sudah,
Jangan bercakap selagi sebelum sudah,
Sebab kita belum pernah tahu apa-apa sebelum sudah,
Sebab Tuhan bukan kita,
Tuhan tidak sama dengan manusia yang menuhankan diri sendiri,
Yang menyembah kata percaya sendiri,
Bersujud di kaki melipat rukuk menyimpul lutut.

i.
Indah senjanya, tidak sama seperti paginya,
Yang gelap awal-awal, menjingga sampai dalam hati,
Berat hati tapi tak berat kaki,
Semoga, isi-isi masa alam bermasa berisi ada gunanya nanti.
Insyaallah.

ii.
Pintu terbuka, jiwa Nampak gerbang luas syurga,
Syurga dunia, syurga akhirat dia tentukan,
Cinta manusia, cinta dunia, nampak benar, memang benar,
Tapi yang hakiki tetap milikNya.
Seminggu sebelum bermula, seminggu selepas berakhir.

p/s: terimakasih.semua.

No comments:

|| chat ||